|
Teknologi terbaru dari Microsoft ini dipanggil Microsoft Table Top Technology. Peranti ini sangat luar biasa tidak seperti komputer biasa yang gunakan. Hanya perlukan sebuah meja yang boleh berinteraksi secara terus dengan peranti lain seperti kamera digital, printer dan lain-lain. Menarik bukan? Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.microsoft.com/surface/index.html Last update: 29-01-2009 01:03
|
|
|
Selalunya pengguna Windows akan membuat hidden folder dengan cara klik kanan > Properties > tandakan pada Hidden dan klik OK, betul tak? Ada satu lagi cara yang lebih menarik. Cara ini membuatkan folder anda tidak dibaca sebagai hidden folder oleh Windows dan anda boleh mengakses dengan double-click seperti folder2 lain. Ia hanya menyembunyikan folder tersebut dari pandangan. Walaupon anda tukar setting ‘Show Hidden File’ pun, folder ni tak kan nampak. Caranya adalah: - Buat satu folder di mana yang anda mahu (klik kanan > New > Folder)
- Klik kanan pada folder baru dan pilih Rename.
- Tekan butang 'Alt' (selalunya sebelah spacebar) dan taip '0160' (mesti pakai Numpad - nombor-nombor yang di sebelah kanan keyboard anda) dan tekan Enter.
- Anda telah berjaya menghilangkan nama folder anda!
- Klik kanan pada folder itu lagi, Properties > Customize > Change Icon > pilih icon yang tidak mempunyai gambar (selalunya ia terletak sebelah icon mangga dan icon bumi)
  - Klik OK dan Apply dan OK. Anda telah siap membuatkan folder anda invisible. Kalau anda letak di bahagian Desktop, mesti kawan-kawan tidak perasan yang folder anda ada di situ!
Last update: 02-02-2009 22:20
|
|
|
|
|
|
Kami, apabarang.com dengan ini menyokong kumpulan Sepah sepenuhnya untuk menjuarai Raja Lawak Astro musim 3. Memang lawak gila diorang ni. Kalau korang tak percaya, tengok sendiri dekat youtube. Link untuk video korang boleh tengok kat forum apabarang.com. Last update: 06-03-2009 20:22
|
|
|
|
Anda mesti sudah biasa mendengar perkataan Google dan Yahoo kan? Ini adalah 2 gergasi dalam internet di mana masing-masing menawarkan banyak perkhidmatan yang berguna untuk pengguna internet. Terdapat banyak perbandingan yang dilakukan oleh pengguna seluruh dunia. Antaranya: Last update: 17-02-2009 16:23
|
|
|
|
|
|
Sebelum anda mengakses website, tahukah anda bagaimana pergerakan data di sebaliknya? Terdapat 2 data yang sangat penting iaitu nama domain, dan alamat laman web yang hendak diakses. Contoh: apabarang.com. - Anda akan menaip apabarang.com di pelayar laman web anda
- Pelayar web akan pergi ke DNS server yang anda gunakan dengan membawa domain apabarang.com sebagai data. Selalunya ia ditetapkan oleh ISP anda (Streamyx, Jaring dll)
- DNS server akan mengembalikan request PC anda dengan satu IP untuk PC anda connect ke website tersebut
- PC anda akan menyimpan IP di dalam simpanan sementara (cache)
- PC anda akan pergi ke IP tersebut membawa HTTP request. Dalam HTTP request itu, terdapat pelbagai maklumat seperti nama domain, alamat website, IP pengguna, IP server, User Agent, Jenis packet data dan port
- Web server akan menerima data tersebut dan mencari data di dalam server yang berkaitan dengan HTTP request anda
- Web server mengembalikan data yang telah diproses ke pelayar web anda
- Pelayar web anda menyimpan sebahagian data di dalam simpanan sementara (cache) dan memaparkan hasil yang diterima dari web server
Pergerakan dari nombor 1 hingga 6 berlaku kurang dari 1 saat. Sekiranya laman web yang anda akses lambat untuk dipaparkan di pelayar web, itu bermakna ia berlaku pada nombor 7 dan 8. Di harap fakta di atas dapat membantu anda memahami apa yang anda lakukan pada pelayar web anda! Last update: 02-02-2009 22:30
|
|
|
|
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>
|
|
Page 1 of 3 |