Home
Bagaimana Laman Web Diakses?

By Administrator, on 01-02-2009 12:53

Published in : Komputer, Internet

 

Sebelum anda mengakses website, tahukah anda bagaimana pergerakan data di sebaliknya? Terdapat 2 data yang sangat penting iaitu nama domain, dan alamat laman web yang hendak diakses.

Contoh: apabarang.com.

  1. Anda akan menaip apabarang.com di pelayar laman web anda
  2. Pelayar web akan pergi ke DNS server yang anda gunakan dengan membawa domain apabarang.com sebagai data. Selalunya ia ditetapkan oleh ISP anda (Streamyx, Jaring dll)
  3. DNS server akan mengembalikan request PC anda dengan satu IP untuk PC anda connect ke website tersebut
  4. PC anda akan menyimpan IP di dalam simpanan sementara (cache)
  5. PC anda akan pergi ke IP tersebut membawa HTTP request. Dalam HTTP request itu, terdapat pelbagai maklumat seperti nama domain, alamat website, IP pengguna, IP server, User Agent, Jenis packet data dan port
  6. Web server akan menerima data tersebut dan mencari data di dalam server yang berkaitan dengan HTTP request anda
  7. Web server mengembalikan data yang telah diproses ke pelayar web anda
  8. Pelayar web anda menyimpan sebahagian data di dalam simpanan sementara (cache) dan memaparkan hasil yang diterima dari web server

Pergerakan dari nombor 1 hingga 6 berlaku kurang dari 1 saat. Sekiranya laman web yang anda akses lambat untuk dipaparkan di pelayar web, itu bermakna ia berlaku pada nombor 7 dan 8.

Di harap fakta di atas dapat membantu anda memahami apa yang anda lakukan pada pelayar web anda!

Last update: 02-02-2009 22:30

User comments Quote this article in website Favoured Print Send to friend Save this to del.icio.us Related articles
PDF
 

Pengumuman

Selamat datang ke portal ApaBarang.com. Sila daftar sebagai ahli untuk menggunakan semua servis yang ada di portal ini. Sila kemukakan cadangan dan pendapat  di ruangan forum atau hubungi kami melalui admin[at]apabarang.com

Bantu Palestin

dermapalestin

Pengguna Online

We have 1 guest online

Waktu

Popular Games

Military Snow
Play Count: 45
 
Frogger
Play Count: 31
 
Air Sk8ing
Play Count: 15
 
Snake
Play Count: 12
 
Invaders
Play Count: 8