|
Bola sepak telah berakar-umbi sejak dari zaman penjajah lagi. Dikatakan penjajah bermain bola sepak bersama rakyat Tanah Melayu pada ketika itu. Sejak dari itu, permainan bola sepak semakin berkembang dan pada tahun 1921 Piala Malaya diperkenalkan dan adalah perintis kepada pertandingan Piala Malaysia. Lawatan kapal Inggeris HMS Malaya mengadakan pertandingan ini apabila kelasinya mengadakan perlawanan ragbi dan bolasepak persahabatan dengan penduduk tempatan untuk merebut Piala HMS Malaya. Piala sumbangan Kapten Buller dan pada 1967, Piala Malaya diberi nama baru iaitu Piala Malaysia. Kini pada tahun 2009, format dalam liga Malaysia bertukar. Salah satu daripadanya adalah tiada pemain import. Apa rasionalnya? Jawapan yang mudah daripada badan induk utama bola sepak Malaysia, untuk memberi peluang kepada pemain Malaysia beraksi lebih kerap. Benarkah begitu? Ada yang bersetuju dan ramai yang tidak. Jika dilihat daripada mutu permainan pemain tanpa pemain import amat rendah. Sesekali seperti hilang arah ketika bermain. Padahal semua pemain adalah profesional iaitu setiap hari bermain bola sepak. Setiap hari menendang bola. Hantaran bola yang lemah, kawalan dan rembatan yang tidak berbahaya. Itu belum dikira dari segi taktik pemainan yang sememangnya tidak berkesan. Sebilangan penonton Malaysia mengkritik permainan Malaysia kerana mereka masih sayangkan bola sepak Malaysia. Mereka mengkritik kerana menonton dan mengikuti perkembangan. Rata-rata peminat mahukan yang terbaik daripada bola sepak Malaysia. Mereka tidak kisah jika kalah atau menang. Asalakan mutu permainan berkualiti tinggi. Jika mengikut saiz fizikal, pemain Malaysia lebih kurang sahaja dengan Jepun dan Amerika Latin. Jadi, faktor fizikal bukan alasan munasabah untuk dipertikaikan. Apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan bola sepak Malaysia? Sering kedengaran di media cetak dan elektronik adalah wujudkan pembangunan bola sepak dari kecil. Ada perancangan tetapi mana perlaksanaannya? Sejauh mana? Budak kecil menyertai pembangunan bola sepak kemudia tidak terkawal selepas remaja. Ramai yang akhirnya menjadi Mat Rempit dan menghisap dadah. Sudah dapat wang yang banyak bersuka-ria. Disiplin mula hilang. Cadangan pembangunan memang tepat dan dapat berjaya seperti di Jepun. Jangan hanya pemain sahaja turun padang tetapi 'orang atasan' juga perlu bersama-sama jika mahu rancangan ini berjaya. Mampukah Malaysia mencapai sasaran ke Piala Dunia 2018? Kami sayang bola sepak Malaysia.
Last update: 27-02-2009 00:55
|