|
Kami, apabarang.com dengan ini menyokong kumpulan Sepah sepenuhnya untuk menjuarai Raja Lawak Astro musim 3. Memang lawak gila diorang ni. Kalau korang tak percaya, tengok sendiri dekat youtube. Link untuk video korang boleh tengok kat forum apabarang.com. Last update: 06-03-2009 20:22
|
|
|
|
Bola sepak telah berakar-umbi sejak dari zaman penjajah lagi. Dikatakan penjajah bermain bola sepak bersama rakyat Tanah Melayu pada ketika itu. Sejak dari itu, permainan bola sepak semakin berkembang dan pada tahun 1921 Piala Malaya diperkenalkan dan adalah perintis kepada pertandingan Piala Malaysia. Lawatan kapal Inggeris HMS Malaya mengadakan pertandingan ini apabila kelasinya mengadakan perlawanan ragbi dan bolasepak persahabatan dengan penduduk tempatan untuk merebut Piala HMS Malaya. Piala sumbangan Kapten Buller dan pada 1967, Piala Malaya diberi nama baru iaitu Piala Malaysia. Kini pada tahun 2009, format dalam liga Malaysia bertukar. Salah satu daripadanya adalah tiada pemain import. Apa rasionalnya? Jawapan yang mudah daripada badan induk utama bola sepak Malaysia, untuk memberi peluang kepada pemain Malaysia beraksi lebih kerap. Benarkah begitu? Ada yang bersetuju dan ramai yang tidak. Jika dilihat daripada mutu permainan pemain tanpa pemain import amat rendah. Sesekali seperti hilang arah ketika bermain. Padahal semua pemain adalah profesional iaitu setiap hari bermain bola sepak. Setiap hari menendang bola. Hantaran bola yang lemah, kawalan dan rembatan yang tidak berbahaya. Itu belum dikira dari segi taktik pemainan yang sememangnya tidak berkesan. Sebilangan penonton Malaysia mengkritik permainan Malaysia kerana mereka masih sayangkan bola sepak Malaysia. Mereka mengkritik kerana menonton dan mengikuti perkembangan. Rata-rata peminat mahukan yang terbaik daripada bola sepak Malaysia. Mereka tidak kisah jika kalah atau menang. Asalakan mutu permainan berkualiti tinggi. Jika mengikut saiz fizikal, pemain Malaysia lebih kurang sahaja dengan Jepun dan Amerika Latin. Jadi, faktor fizikal bukan alasan munasabah untuk dipertikaikan. Apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan bola sepak Malaysia? Sering kedengaran di media cetak dan elektronik adalah wujudkan pembangunan bola sepak dari kecil. Ada perancangan tetapi mana perlaksanaannya? Sejauh mana? Budak kecil menyertai pembangunan bola sepak kemudia tidak terkawal selepas remaja. Ramai yang akhirnya menjadi Mat Rempit dan menghisap dadah. Sudah dapat wang yang banyak bersuka-ria. Disiplin mula hilang. Cadangan pembangunan memang tepat dan dapat berjaya seperti di Jepun. Jangan hanya pemain sahaja turun padang tetapi 'orang atasan' juga perlu bersama-sama jika mahu rancangan ini berjaya. Mampukah Malaysia mencapai sasaran ke Piala Dunia 2018? Kami sayang bola sepak Malaysia. Last update: 27-02-2009 00:55
|
|
|
|
|
|
Anda mesti sudah biasa mendengar perkataan Google dan Yahoo kan? Ini adalah 2 gergasi dalam internet di mana masing-masing menawarkan banyak perkhidmatan yang berguna untuk pengguna internet. Terdapat banyak perbandingan yang dilakukan oleh pengguna seluruh dunia. Antaranya: Last update: 17-02-2009 16:23
|
|
|
|
|
Selalunya pengguna Windows akan membuat hidden folder dengan cara klik kanan > Properties > tandakan pada Hidden dan klik OK, betul tak? Ada satu lagi cara yang lebih menarik. Cara ini membuatkan folder anda tidak dibaca sebagai hidden folder oleh Windows dan anda boleh mengakses dengan double-click seperti folder2 lain. Ia hanya menyembunyikan folder tersebut dari pandangan. Walaupon anda tukar setting ‘Show Hidden File’ pun, folder ni tak kan nampak. Caranya adalah: - Buat satu folder di mana yang anda mahu (klik kanan > New > Folder)
- Klik kanan pada folder baru dan pilih Rename.
- Tekan butang 'Alt' (selalunya sebelah spacebar) dan taip '0160' (mesti pakai Numpad - nombor-nombor yang di sebelah kanan keyboard anda) dan tekan Enter.
- Anda telah berjaya menghilangkan nama folder anda!
- Klik kanan pada folder itu lagi, Properties > Customize > Change Icon > pilih icon yang tidak mempunyai gambar (selalunya ia terletak sebelah icon mangga dan icon bumi)
  - Klik OK dan Apply dan OK. Anda telah siap membuatkan folder anda invisible. Kalau anda letak di bahagian Desktop, mesti kawan-kawan tidak perasan yang folder anda ada di situ!
Last update: 02-02-2009 22:20
|
|
|
|
|
|
Sebelum anda mengakses website, tahukah anda bagaimana pergerakan data di sebaliknya? Terdapat 2 data yang sangat penting iaitu nama domain, dan alamat laman web yang hendak diakses. Contoh: apabarang.com. - Anda akan menaip apabarang.com di pelayar laman web anda
- Pelayar web akan pergi ke DNS server yang anda gunakan dengan membawa domain apabarang.com sebagai data. Selalunya ia ditetapkan oleh ISP anda (Streamyx, Jaring dll)
- DNS server akan mengembalikan request PC anda dengan satu IP untuk PC anda connect ke website tersebut
- PC anda akan menyimpan IP di dalam simpanan sementara (cache)
- PC anda akan pergi ke IP tersebut membawa HTTP request. Dalam HTTP request itu, terdapat pelbagai maklumat seperti nama domain, alamat website, IP pengguna, IP server, User Agent, Jenis packet data dan port
- Web server akan menerima data tersebut dan mencari data di dalam server yang berkaitan dengan HTTP request anda
- Web server mengembalikan data yang telah diproses ke pelayar web anda
- Pelayar web anda menyimpan sebahagian data di dalam simpanan sementara (cache) dan memaparkan hasil yang diterima dari web server
Pergerakan dari nombor 1 hingga 6 berlaku kurang dari 1 saat. Sekiranya laman web yang anda akses lambat untuk dipaparkan di pelayar web, itu bermakna ia berlaku pada nombor 7 dan 8. Di harap fakta di atas dapat membantu anda memahami apa yang anda lakukan pada pelayar web anda! Last update: 02-02-2009 22:30
|
|
|
|
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>
|
|
Page 1 of 3 |